Negeri

Bot karam: 2 beradik ditemukan lemas

SEBUAH bot yang dinaiki sembilan individu termasuk tiga beradik karam di kawasan perairan Kampung Batu Payung, Tawau.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, bot berkenaan dipercayai cuba berpatah balik dari Kampung Rawa-Rawa sebelum karam dan mengorbankan dua beradik.

Bagaimanapun enam daripada sembilan penumpang bot itu berjaya diselamatkan penduduk kampung.

Mangsa yang lemas ialah Jaidi Muhaimin, 5, dan Saiful Muhaimin, 15, manakala kakak mereka, Rahena Muhaimin, 20, masih lagi dilaporkan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, Jaidi ditemukan kira-kira pukul 6.30 pagi tadi manakala abangnya, Saiful ditemukan pada pukul 8.58 pagi.

“Mayat Jaidi ditemukan penduduk kampung di pesisir pantai manakala mayat Saiful ditemukan di perairan Tinagat juga oleh penduduk kampung.

“Setakat ini, seorang lagi mangsa iaitu Rahena masih belum ditemui dan kami masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button