Luar Negara

Bomoh bunuh 12 pelanggan demi menggandakan wang

Gempar kejadian berlaku di Indonesia, wilayah Banjarnegara, seorang bomoh disyaki membunuh 12 orang dari tahun 2020 untuk kekayaan.

Lelaki yang dikenali sebagai ‘Mbah Slamet’ atau nama sebenar Slamet Tohari, 45 berasal dari Kampung Balun, Daerah Wanayasa, Banjarnegara ditahan pihak polis di Jawa Tengah pada Sabtu lalu bersama seorang pembantunya yang mempromosikan perkhidmatan menggandakan duit di media sosial.

Pihak polis sedang mencari mayat-mayat mangsa

Kegiatannya tersebut terbongkar apabila Polis Banjarnegara menjalankan siasatan berhubung kehilangan mangsa terakhir yang gagal dihubungi keluarga sejak 24 Mac lepas.

“Daripada pengakuan suspek membunuh 10 orang, sama dengan mayat yang kita temukan.
“Kegiatan ini dilakukan suspek sejak 2020. Sebab itu ada mangsa yang kita temukan hanya tingal tulang sahaja”. Ujar Ketua Polis Banjarnegara Police AKBP, Hendri Yulioanto.

Kesemua mangsa berjaya di perdaya oleh Mbah Slamet yang kononnya mampu menggandakan wang daripada 40 juta rupiah (RM11,822) kepada lima bilion rupiah (RM1.5 juta. Difahamkan juga kegiatan ini menarik mangsanya melalui Facebook.

Yang terbaru angka kematian membabitkan pembunuhan kejam menggandakan wang meningkat kepada 12 orang kesemuanya.

Memetik laporan Detik.com, mayat dua lagi mangsa ditemukan hari ini tertanam berhampiran tempat mangsa yang lain.

Kesemua mangsa ini dipercayai diberi minuman dicampur racun ikan ketika ritual dijalankan.
Pendedahan ini mendedahkan fakta yang mengerikan apabila polis menemui ‘kubur besar’ yang disyaki menjadi mangsa perbuatan kejam Mbah Slamet.

Kes disiasat di bawah Perkara 340 Kanun Jenayah yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau maksimum 20 tahun penjara.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button