BanjirBencana alam

19 terperangkap tanah runtuh selamat

Seramai 19 individu termasuk empat kanak-kanak yang terperangkap akibat tanah runtuh di Jalan Genting Peres – Kuala Kelawang berjaya diselamatkan pada pagi Ahad.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata,  pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.32 petang.

Serentak itu, seramai enam anggota dan pegawai serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih bersama 11 anggota dari Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm) bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut Zulfikar, pihaknya menemui dua lelaki di mana salah seorang daripada mereka cedera kerana dihempap pokok yang tumbang.

Related Articles

“Selepas itu kita menemui dua lagi lelaki berusia 22 dan 23 tahun pada jam 1.34 pagi tadi,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kemudian menemui 17 lagi individu termasuk empat kanak-kanak berusia antara lima hingga 54 tahun pada jam 5.30 pagi.

“Kesemua mangsa ditemui selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button