Ekonomi

PR1MA siapkan 231 rumah teres

Perbadanan PR1MA Malaysia telah berjaya menyiapkan pembinaan 231 unit rumah teres dalam kawasan seluas 20 ekar di Residensi Padang Siding, Perlis pada 26 Oktober 2020. Ia telah mendapat kelulusan CCC dan telah dihuni. 220 unit atau 95% daripadanya telahpun dijual mengikut rekod terkini pada 15 Disember 2021.

Demikian dipersembah maklumkan dalam pembentangan oleh Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia, Dato’ Dr. Fathul Bari Mat Jahya kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam sesi sembah mengadap hormat sempena ‘Program Jelajah Keluarga PR1MA’ yang diadakan di Masjid Muhammadiah, Guar Gajah, Arau.

Di majlis tersebut pihak Perbadanan PRIMA Malaysia menyerahkan sumbangan CSR dalam bentuk kotak berisi bahan makanan mentah sebanyak 400 pek yang bernilai RM100 setiap satu dengan jumlah penuh RM40,000 yang diamanahkan untuk diagihkan di seluruh negeri Perlis melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Hadir sama ialah Ketua-ketua Bahagian di PR1MA terdiri daripada Khalid Ramli (Perkhidmatan Korporat), Abdul Manaf Moksin (Jualan) dan Mokhtar Zainal (Pengurusan Aset dan Fasiliti) serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Pihak PR1MA turut bermurah hati menyumbangkan RM5,000 tunai untuk pengimarahan masjid tersebut melalui pelbagai aktiviti dakwah yang bersesuaian.


Sementara itu, Tuanku Raja Muda bertitah harapan baginda supaya sektor perumahan, terutamanya perumahan mampu milik untuk golongan penduduk yang berpendapatan sederhana dapat terus ditambah. Pemaju-pemaju dialu-alukan untuk membangunkan rumah-rumah dan kedai-kedai mampu milik di lokasi-lokasi strategik dan juga berpotensi yang diharapkan akan dapat memberikan impak terhadap sosio ekonomi negeri ini.

(Visited 101 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button