Nasional

Bomba keluarkan mayat tersangkut di tingkat 20 kondominium

ANGGOTA bomba mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan mayat wanita tidak dikenali yang ditemui dalam keadaan tertiarap di atas tiang di tingkat 20 sebuah kondominium dekat Damansara Perdana, Petaling Jaya, hari ini.

Mangsa berusia 40 tahun dipercayai terjatuh dari tingkat 28 bangunan kediaman berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 8.09 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi pada jam 9.25 pagi kemudian menggunakan tali untuk menaikkan mayat mangsa.

“Mayat wanita itu kemudian dibawa masuk ke dalam bangunan melalui tingkap di tingkat 20 sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Norazam, operasi selesai pada 10.55 pagi dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button