Politik

15 ADUN Perlis angkat sumpah jawatan 19 Disember

KESEMUA 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu akan mengangkat sumpah jawatan, pada 19 Disember ini.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, angkat sumpah itu diadakan pada Mesyuarat Pertama, Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 nanti.

MENTERI Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli

“Persidangan DUN selama empat hari ini bermula dari 19 sehingga 22 Disember,” katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Exco pertama di Kompleks DUN di Persiaran Wawasan, hari ini.

Mohd Shukri berkata, pada Persidangan DUN kali ini akan membentangkan Belanjawan Perlis 2023.

Katanya, perkara paling utama pembentangan bajet ini adalah mengambilkira untuk kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, usul pelantikan Speaker DUN juga dikemukakan pada Persidangan DUN nanti.

Bagaimanapun katanya, apa yang pasti pemilihan speaker kali ini bukan dari kalangan ADUN.

Tambah beliau, pihaknya juga membawa usul bagi pindaan Undang-Udang Tubuh Negeri Perlis.

Buat pertamakali juga pada Persidangan DUN kali ini 14 ADUN diwakili oleh parti Perikatan Nasional (PN) dan hanya seorang sahaja dari Pakatan Harapan (PH).- SM

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button