Gelagat sebuah robot kecil, Humanoid Robot yang dimainkan di ruangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) benar-benar mencuri tumpuan.
Hal ini demikian kerana Humanoid Robot bukan sahaja lincah bergerak malah mampu berfungsi dan meniru pergerakan manusia apabila diprogramkan.
Menurut seorang petugas, Humanoid Robot dilengkapi dengan 16 servos dan menariknya Humanoid Robot juga boleh berjalan dan bersenam.
“Selain itu, Humanoid Robot turut diprogramkan boleh menyambut tetamu dan teknologi robot ini boleh dikawal dengan menggunakan konsol,” katanya.
Nur Syazwani Azman, 35, yang merupakan pengunjung Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia mengakui begitu teruja melihat perkembangan teknologi dalam negara.
“Dulu kita mungkin cuma bayangkan Malaysia mampu cipta dan kendalikan robot untuk permudahkan urusan manusia pada masa hadapan.
“Sekarang ia sudah dibuktikan sedikit demi sedikit dan baguslah ada MOSTI yang kita boleh kata sebagai penyelia kepada teknologi,” katanya.
Nur Syazwani berkata demikian kepada Suara Merdeka menerusi tinjauan Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
@suaramerdeka19 Ni kalau versi besar tak tau ler camne #keluargamalaysia