Bola SepakNegeriSukan

Bola sepak: Anakanda bongsu Raja Muda Perlis tunjuk bakat

KE mana tumpahnya kuahnya kalau tidak ke nasi. Itulah pepatah Melayu yang sangat tepat apabila dikiaskan bakat yang ada dalam diri Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail, anakanda bongsu Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang diwarisi dari ayahandanya dalam permainan bola sepak.

Syed Sirajuddin Areeb Putra juga buat pertama kali diberikan peluang beraksi bagi mewakili Persatuan Anak Perlis Kuala Lumpur (PAPKL) menentang Pasukan Pilihan Veteran Perlis yang berakhir dengan kedudukan jaringan seri 3-3.

Syed Sirajuddin Areeb Putra mewakili Persatuan Anak Perlis Kuala Lumpur.

Lebih menarik ia mencatatkan satu kenangan manis kerana putera bongsu ini yang baharu sahaja menyambut Hari Ulaungtahun ke-15 pada 12 April lalu.

Raja Muda yang berkenan berangkat menyaksikan perlawanan tersebut juga diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda sulung, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Perlawanan tahunan yang diilhamkan sendiri oleh Raja Muda Perlis sejak 30 tahun yang lalu ketika Baginda aktif sebagai Ahli Jawatankuasa PPKL bagi potfolio Belia dan Sukan pada kali ini dilangsungkan di Stadium Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Kampus Alam Pauh Putra.

Syed Sirajuddin Areeb Putra yang mewakili Persatuan Anak Perlis Kuala Lumpur menunjukkan bakat bermain bola sepak.

Antara pemain yang mewakili PPKL ialah bekas pemain kebangsaan Fauzie Nan, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawan) MARA, Datuk Zulfikri Osman, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Ismasuhaimi Shariff, Ketua Pegawai Operasi Kobe Precision Technology Sdn Bhd, Norzaman Othman dan kapten pasukan, Mohd Zahir Abd Rahman.

Pasukan Pilihan Veteran Perlis pula dibarisi bekas pemain pasukan Singa Utara negeri ini termasuklah Azizi Matt Rose, Jamin Ismail dan Hamizan Ismail serta Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri (Sektor Pembangunan Murid), Che Rasaidi Che Yob.

Pasukan Pilihan Veteran Perlis yang diwakili bekas pemain Singa Utara turun beraksi dalam Pertandingan Bola Raya 2024 Friendly Game.

Turut diadakan sempena ‘Program Balik Kampung Anak Perlis Di Perantauan Sempena Aidifitri’ pada edisi kali ini ialah Perlawanan Golf antara PPKL melawan Kelab Golf Putra (KGP) Perlis merebut Piala Syed Sirajuddin Areeb Putra di Lapangan Golf KGP di Sungai Batu Pahat, 13 April lalu.

Juga dilaksanakan ialah Pertandingan Woodball yangbuat pertama kalinya dianjurkan oleh PPKL dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Persatuan Woodball Perlis (PWPs) di Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra Pauh Putra, 12 April lalu.- SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button