NasionalPolitik

BN terpaksa kompromi pastikan Warisan tidak kembali berkuasa

Barisan Nasional (BN) terpaksa berkompromi dengan memberi laluan kepada Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah, esok bagi memastikan Warisan tidak kembali berkuasa di negeri berkenaan.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu bukan bermakna UMNO dan BN mengalah kepada Bersatu, tetapi lebih kepada kompromi bagi memastikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjadi kerajaan.

“Kita berkompromi bagi memastikan ahli-ahli dewan undangan negeri BN berada di dalam kerajaan negeri Sabah yang baharu,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Terdahulu dalam kenyataan medianya, Ahmad Zahid berkata, kini adalah masa untuk kembali menguruskan negeri Sabah yang terbantut pembangunannya selepas diperintah Warisan.

Menurut Ahmad Zahid, jika BN dan GRS gagal bekerjasama kemungkinan besar Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin akan memilih Warisan untuk memerintah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button