Nasionalpilihan

BN Akan Rampas Kembali Selangor Jika Diberi Kekuatan – Ismail Sabri

Kepimpinan Barisan Nasional (BN) percaya jika kekuatan diberikan kepada BN Selangor, negeri tersebut mampu dirampas kembali dan diletakkan sepenuhnya di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga merupakan Naib Presiden UMNO berkata, sekiranya BN mempunyai kuasa, banyak perkara yang boleh diketegahkan.

“Misalnya TanSri Noh Omar dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan apabila kita mengambil alih kerajaan, banyak benda kita boleh bantu rakyat.

“UMNO tahu apa yang saya bantu dan banyak perkara yang mustahil boleh kita lakukan semasa bukan dalam Kerajaan dan kini menjadi Kerajaan sudah pasti lebih lagi yang boleh kita bantu,” katanya.

Ismail berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen BN Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Mengimbau perjalanan BN sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), BN yakin mampu menang 140 kerusi dan banyak juga agensi memaklumkan BN boleh menang lebih dua per tiga majoriti.

Namun perkara itu tidak terjadi dan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih selama 22 bulan dan banyak cerita yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button