Luar Negara

Pelajar kejururawatan ditahan guna picagari sama, suntik 30 pelajar sekolah

MEMANG tidak layak jadi jururawat lelaki. Awal-awal lagi individu ini telah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap para pesakit. Jika dibiarkan, ramai yang mati kalau dapat jururawat macam ini.

Di New Delhi, seorang pelajar kejururawatan ditahan pihak berkuasa selepas didapati menggunakan satu picagari yang sama untuk menyuntik vaksin Covid-19 kepada lebih 30 pelajar sekolah menengah di India.

Menurut polis, pelajar itu Jitendra Ahirwar yang dilatih untuk menjalankan program vaksinasi oleh jabatan kesihatan tempatan, ditahan awal minggu ini selepas didapati melakukan kesalahan itu di daerah Sagar, Madhya Pradesh.

“Kami telah menahan lelaki itu. Dia telah menyuntik vaksin dengan menggunakan hanya satu picagari. Pelajar yang diberi vaksin selamat. Pelajar yang menerima vaksin itu selamat,” kata pegawai polis daerah, Tarun Nayak.

Pegawai itu berkata, kejadian berlaku pada Rabu lalu semasa program vaksinasi mega sedang dijalankan di sebuah sekolah menengah.

Ahirwar dalam video yang tular di media sosial berkata, dia tidak boleh dipersalahkan dan hanya diberikan satu picagari untuk melakukan vaksinasi.

Ketua Pegawai Perubatan dan Kesihatan daerah Sagar, Dr Devendra Goswami berkata, pegawai vaksinasi daerah itu juga telah digantung tugas dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – SM

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button