Negeri

Bimbang agenda Yahudi antara sebab 9,953 tak nak vaksin di Kelantan

BIMBANG bahawa vaksin merupakan agenda orang-orang Yahudi menjadi antara sebab mengapa seramai 9,953 orang di Kelantan tidak mahu divaksin.

Perkara tersebut diberitahu oleh oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin dalam sidang media hari ini.

“Yang enggan divaksin ini macam-macam alasan mereka, takutlah, kata ada agenda Yahudi,” ujarnya. selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Izani yang juga anggota dewan undangan negeri (Adun) Kijang bagaimanapun enggan melabelkan golong tersebut sebagai antivaksin, sebaliknya tetap berharap mereka berubah fikiran dan tampil menerima vaksin.

Menurutnya, jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 65,727 orang penduduk dewasa di negeri itu yang masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat in

“Daripada jumlah itu seramai 9,953 orang sudah isytihar tidak mahu disuntik dan sekitar 17,000 orang mereka yang tidak sesuai divaksin atas faktor kesihatan.

“Jadi jumlah keseluruhan yang tidak mahu disuntik kerana alasan tertentu atau mereka yang memang enggan terima vaksin seramai 27,700 orang,” katanya.

Sementara itu sehingga kini sejumlah hampir 1.04 juta penduduk negeri itu sudah menerima vaksin bagi dos pertama.

Katanya, ia meliputi 94 peratus berbanding jumlah penduduk dewasa iaitu 1.1 juta orang.

“Kita juga jangkakan semua pusat pemberian vaksin (PPV) di Kelantan akan mula ditutup pada pertengahan Oktober depan.

“Ia selepas mereka yang belum melengkapkan dos kedua menerima vaksin masing-masing. Jadi apabila kerajaan umum untuk kita beralih kepada endemik, rakyat Kelantan juga sudah bersedia mematuhi prosedur yang ditetapkan,” katanya.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button