Bilal terima duit raya lebih RM14,020
MUHAMMAD Bilal, putera sulung pasangan selebriti Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dan Neelofa menerima duit raya lebih RM14,020 sejak 1 Syawal lalu.
Perkara itu dikongsi sendiri oleh Neelofa menerusi satu video di aplikasi Tiktok di mana dia dan suaminya itu sedang mengira duit raya diterima anaknya.
Melalui perkongsian video itu, PU Riz berterima kasih pada semua penyumbang yang memberi duit raya kepada permata hati mereka.
“Alhamdulillah, jazakallahukhair pada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal. Sampai ada juga yang beri 1,000 Dirham.
“Jadi, Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020… Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” katanya.
Pada 1 Syawal lalu, buat pertama kali Neelofa dan PU Riz berkongsi gambar mereka sekeluarga di Instagram.
Bagaimanapun, mereka masih tidak ingin mendedahkan wajah anak mereka kepada umum sejak Bilal dilahirkan akhir Januari lalu. – BERITA HARIAN – SM