Nasional

Negara bakal musnah jika rasuah tidak dibendung – Raja Muda Perlis

Gejala rasuah turut memberi kesan terhadap hal keselamatan sempadanan negara termasuk juga alam sekitar. Akibatnya, budaya rasuah mampu menyebabkan berlakunya aktiviti penyeludupan yang tidak sihat jika tidak dibendung, dan mampu menjejaskan imej keselamatan serta merosakkan alam sekitar di sempadanan negara.

Jenayah rasuah juga memberi kesan terhadap ekonomi dan reputasi sesebuah negara. Berdasarkan sumber ‘Transparency International’ dianggarkan sebanyak USD2.6 trilion jumlah kerugian dunia setiap tahun kerana rasuah yang bersamaan dengan 5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar atau GDP.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri program ‘Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke 10 Bagi Tahun 2022’ di Masjid Nurul Husna,
Wang Kelian baru-baru ini.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah.

Di majlis tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM12,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih yang mana masing-masing menerima RM400 setiap seorang dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan melalui amilnya Md Razak Md Daud.

Titah Tuanku Raja Muda lagi, ‘Kesalahan rasuah bukannya hanya sekadar memberi dan menerima sahaja tetapi juga merangkumi pelbagai kesalahan lain termasuklah berhubung tuntutan palsu dan penyalahgunaan kuasa sepertimana termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dibawah seksyen 16, 17, 18 dan 23. Jika disabitkan kesalahan dibawah akta SPRM boleh dipenjarakan tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali suapan atau RM10,000.00 atau mana-mana yang lebih tinggi.

(Visited 329 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button