Hiburan

Bila lagi nak bagi gelaran Datuk kepada Fauziah Nawi

FAUZIAH NAWI satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri seni, hiburan dan pengacaraan atau penyampai stesen radio tanah air.

Penglibatan beliau dalam pelbagai bidang dan cabang seni selama berdekad lamanya, jatuh bangun beliau dalam mengikut dan menongkah arus, semuanya telah dilalui dan dirasai oleh anak seni ini.

Peredaran zaman menyaksikan Hajah Fauziah Nawi atau dipanggil dengan panggilan Ibu (oleh segelintir anak-anak dan kenalan beliau) bijak menyesuaikan diri dengan gaget dan media sosial.

Inisiatif itu adalah bagi memastikan nama Fauziah Nawi terus relevan, tidak ketinggalan zaman dengan semua informasi berada di hujung jari.

Seharusnya sudah lama Ibu Fauziah diberikan penghargaan kerana jasa beliau yang berterusan ditabur dan dilakar atas kanvas seni.

Pernah dalam satu wawancara (talkshow) Ibu Fauziah ditanya tentang penganugerahan termasuk title atau gelaran Datuk. Beliau berkata, tidak pernah meminta.

Cuma selagi seseorang anak seni yang berjasa dalam bidang seni masih bernyawa, hargailah mereka sepertimana Ibu Fauziah dianugerahkan dengan Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman FFM (Festival Filem Malaysia) Ke-31 semalam.

Acara tersebut diadakan malam tadi bertempat di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) secara ‘mengejut’ kerana tidak ada yang uar-uarkan tentang acara yang sepatutnya menjadi satu acara yang gilang-gemilang.

Secara tiba-tiba, melalui media sosial Facebook ataupun tertekan saluran di kaca televisyen, ada siaran langsung di TV2.

Individu seperti Ibu Fauziah ini yang kaya dengan pengalaman, banyak ilmu di dada, penggiat yang cuba mencari rezeki dan ruang menerusi Teater Sanggar adalah seorang insan yang cekal dan tidak mudah mengalah.

Bahkan dalam kehidupannya, selama setahun lamanya, anak lelakinya, Pitt Hanif dipanggil oleh PenciptaNYA dalam tragedi lemas di sungai.

Kehidupan Ibu Fauziah terkesan dengan ketiadaan buah hati pengarang jantungnya (Al-Fatihah buat Pitt) tetapi kekuatannya dibina dengan adanya anak perempuannya, menantu dan tiga orang cucu.

Selayaknya Hajah Fauziah Nawi ini dianugerahkan juga dengan gelaran Datuk kerana jasa beliau dalam memartabatkan bidang seni tanah air tidak pernah terpadam.

Jangan tunggu apabila nyawa sudah bercerai dari badan, barulah nak dianugerahkan gelaran itu dan ini kerana apa gunanya kalau insan seni itu sudah tiada lagi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button