Jenayah

Buli: Enam pelajar ditahan

KESELURUHAN enam pelajar ditahan berkaitan kes dipercayai buli yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar selepas dua lagi pelajar ditahan.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dua pelajar terbabit hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, malam tadi. Kesemua mereka yang ditahan berusia 13 tahun.

Polis menahan dua lagi suspek kes buli yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, seperti yang tular di media sosial, kelmarin.”Dua lagi pelajar ditahan ketika datang ke

“Setakat ini, enam pelajar telah ditahan dan mereka masih berada dalam tahanan sehingga kini,” katanya.

Mior Faridalathrash Wahid berkata empat pelajar berusia 13 tahun itu ditahan selepas selesai memberi keterangan di IPD Kuala Kangsar antara jam 6 petang hingga 7 malam semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada lewat pagi antara pukul  1 hingga 2 pagi  membabitkan mangsa dengan tujuh suspek remaja lain yang semuanya adalah pelajar Tingkatan 1.

Kesemua mereka ditahan untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.-SM

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button