PolitikRencana

Bibit-bibit penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong

PROSES melantik Perdana Menteri yang baharu bermula dan mengikut proses yang teliti dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Namun bibit-bibit penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan ahli parlimen khususnya di pihak pembangkang mulai kelihatan.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang contohnya mencadangkan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang dilantik sebagai timbalan perdana menteri kerana mendapat jumlah sokongan kedua terbanyak.

Beliau seolah-olah meragui kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam menangani krisis politik tanahair. Sedangkan Baginda melaksanakannya dengan penuh teliti.

Prosesnya agak lama dan panjang tetapi ia adalah demi memastikan kerajaan yang terbentuk bukan hanya untuk beberapa hari dan selepas itu akan digoncang diruntuh oleh pihak lain pula.

Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan selaku perdana menteri, Yang di-Pertuan Agong mengambil langkah yang bijak dengan melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri caretaker, bagi memastikan segala pentadbiran negara tetap berjalan.

Cuma perdana menteri caretaker ini tidak boleh membuat dasar baharu atau meluluskan peruntukan baharu.

Yang di-Pertuan Agong sedar akan kekangan itu apatah lagi dalam keadaan negara berdepan dengan krisis pandemik serta ekonomi, baginda segera memanggil ketua-ketua parti supaya dan mengadakan perbincangan dan meminta masing-masing mengemukakan calon perdana menteri bersama-sama jumlah sokongan cukup untuk dilantik sebagai perdana menteri kesembilan dan seterusnya membentuk kabinet serta kerajaan.

Tidak cukup itu Baginda juga melaksanakan syura dengan memanggil raja-raja Melayu untuk bermesyuarat hari ini berhubung calon perdana menteri yang setakat ini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sahaja yang mendapat sokongan majoriti.

Selepas itu jika Ismail Sabri dilantik sebagai perdana menteri, beliau perlu memastikan keabsahannya melalui sidang Dewan Rakyat secara undi percaya.

Setelah semua itu dilaksanakan maka tidak ada lagi alasan lagi mana-mana pihak untuk mempertikaikan kesahihan dan keabsahan kerajaan yang dibentuk selepas ini, hinggalah tamat mandat pada 2023.

Justeru tindakan Peguam Pakatan Harapan Ambiga Sreenevasan telah menimbulkan syak dan menyoal integriti proses pelantikan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Negara ada bukti bibit-bibit penderhakaan.

Beliau telah secara bongkak mengisytiharkan melalui akaun twitter pada 19 Ogos 2021 yang turut dilaporkan oleh portal berita bahawa sokongan ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional bagi perdana menteri baharu yang telah disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong adalah tidak sah.

Ini adalah percubaan menganggu proses pelantikan yang sedang dijalankan dan adalah perbuatan amat biadab.

Secara langsung ini adalah juga satu tindakan menggugat demokrasi berparlimen (undermining parliamentary democracy).

Ambiga telah melakukan kesalahan yang amat serius di bawah Akta Hasutan, Sek 124 Kanun Keseksaan serta Sosma, Sek 505 Kanun Keseksaan serta undang-undang lain.

Difahamkan laporan polis akan dibuat terhadap beliau seluruh negara hari ini.

Ironinya sebelum ini pihak pembangkang menuduh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi apabila keputusan tidak menyebelahi pihak mereka, pembangkang mula menanam keraguan dan kebencian kepada istana.

Jadi kita tidak terkejut akan lebih ramai selepas ini pemimping pembangkang dan pihak yang bersimpati dengan mereka akan melakukan perkara yang sama.

Cuma kebimbangannya apabila rakyat terbawa-bawa dengan sentimen itu, akhirnya mereka yang berdepan masalah dengan pihak berkuasa.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button