Nasional

Betty Chew, isteri Guan Eng dipanggil SPRM Georgetown

ISTERI bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Betty Chew, dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Georgetown, Pulau Pinang, hari ini.

Isteri Lim Guan Eng itu dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan dengan kes pembinaan terowong dasar laut di negeri itu.

Betty dikatakan tiba di pejabat SPRM Georgetown sekitar pukul 10.45 pagi ini, ditemani oleh peguam, Lee Khai dan adik iparnya, Lim Hui Ying.

Sehingga artikel ini ditulis, isteri bekas Menteri Kewangan yang berhadapan dengan pertuduhan meminta suapan berkaitan dengan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang itu masih berada di pejabat SPRM Georgetown.

Untuk rekod, pihak SPRM akan memanggil beberapa individu lain lagi untuk memberi keterangan di Georgetown.

Antara individu yang dijangka akan dipanggil termasuk dua Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi memberi keterangan bersabit kes yang sama. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button