Cerita Pulau Pinang membangun sebagai pusat berkumpulnya orang-orang Cina termasuklah warganegara China yang menetap secara haram bukan lagi satu mitos.
Cuma orang-orang yang ada terima suapan sahaja akan menafikan perkara ini sedangkan rata-rata orang asal Pulau Pinang hari-hari terpaksa menahan geram.
Melihat perkembangan sosial dan ekonomi yang berlaku di Pulau Pinang, bau-bau di negeri utara itu untuk bertukar rupanya bagaikan tidak mustahil.
Mungkin pada tahun 2030 atau lagi 20 tahun atau lagi 30 tahun? Lambat atau cepat sahaja namun proses ini tidak mustahil untuk terjadi pada bila-bila masa.
Asalkan berjaya menyusun orang-orang dalam pentadbiran yang satu kepala dan satu hala tuju, apa lagi yang sukar untuk gadaikan Tanah Melayu ini?