Politik

Bersatu mansuhkan jawatan pengerusi, Majlis Presiden

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memansuhkan jawatan pengerusi menerusi keputusan sebulat suara pada Perhimpunan Agung Tahunan parti itu.

Perhimpunan itu turun mencapai kata sepakat memansuhkan Majlis Presiden yang ditubuhkan sebelum ini bawah Perlembagaan Bersatu.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, berkata, ia adalah hasil usul dibincangkan pada perhimpunan berkenaan untuk pindaan Perlembagaan parti.

“Kita mengambil kira semua pandangan untuk memperbaiki cadangan asal.

“Alhamdulillah, keputusan sebulat suara berjaya dicapai untuk menerima semua pindaan dicadangkan, termasuk memansuhkan jawatan Pengerusi parti,” katanya seperti yang dipetik dari BH Online.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button