Nasional

Larian secara maya sempena keputeraan Sultan Selangor

LARIAN Menjunjung Kasih sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor adalah acara tradisi yang diadakan setiap tahun sejak tahun 2015.

Sementara tahun ini, acara tersebut menempa kali keenam penganjurannya dengan kerjasama Majls Sukan Negeri Selangor (MSNS).

Namun, menariknya pada kali ini, penganjuran acara tradisi itu diadakan secara dalam maya atau ‘virtual’ bersesuaian dengan norma baharu susulan penularan pandemik Koronavirus (Covid-19).

Walaupun berlaku penularan wabak, ia tetap dianjurkan sebagai salah satu acara bagi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mendekati rakyat.

“Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor pada 11 Disember 2020, kerajaan negeri akan menganjurkan acara tradisi Larian Menjunjung Kasih 2020 sebagai tanda merafak sembah dan menjunjung kasih kepada baginda.

“Buat kali pertama, Larian Mengunjung Kasih 2020 akan diadakan secara maya di kediaman masing-masing.

“Selepas mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.”

Kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd. Khairuddin Othman dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, penganjuran Larian Menjunjung Kasih 2020 adalah kesinambungan program Selangor Virtual Xtiv Run yang bermula sejak PKP pada Mei lalu.

“Larian secara secara maya ini adalah kesinambungan program Selangor Xtiv Virtual Run yang telah menerima lebih 12,000 penyertaan.

“Kerajaan Negeri menjangkakan lebih 15,000 penyertaan dalam acara Larian Mengunjung Kasih 2020 sebagai acara kemuncak bagi program Selangor Xtiv Virtual Run yang akan melabuhkan tirai pada hujung 31 Disember 2020.

“Orang ramai khususnya rakyat Selangor dijemput untuk memeriahkan acara ini yang menjadi platform terbaik bagi sama-sama menunjukkan rasa hormat dan sayang kepada institusi diraja yang merupakan lambang kedaulatan negara.

“Pendaftaran sudah mula dibuka pada 21 November lalu dan peserta hanya perlu menghantar keputusan larian ke emel [email protected] sebelum tarikh tutup pada 15 Disember 2020.

“Setiap peserta akan menerima t-shirt larian, medal, sijil dan berpeluang menjadi salah seorang daripada 20 pemenang bertuah untuk memenangi pelbagai hadiah menarik,” katanya.

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras itu memaklumkan, orang ramai yang berminat untuk menyertai boleh hubungi 011-56371424.

Atau, boleh melayari Facebook Selangor Xtiv Virtual atau mengunjungi laman web www.irun.my untuk maklumat lanjut. – SM

(Visited 519 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button