Politik

Bersatu akan bangkit kata Wan Ahmad Fayhsal

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih dalam fasa pembangunan walaupun sudah lapan tahun ditubuhkan kata Ketua Armada Bersatu Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Sehubungan itu, beliau menyatakan keyakinannya terhadap masa depan parti itu dan menegaskan bahawa mereka memerlukan masa bagi mengukuhkan kedudukannya di persada politik negara.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata demikian sebagai mengulas bekas Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan menyatakan bahawa Bersatu gagal dari segi membentuk naratif, kekurangan dasar yang jelas, dan tidak berjaya membangunkan retorik yang kukuh.
Bagaimanapun, Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
“Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan formula peralihan, di mana Hamzah Zainuddin kini dilantik sebagai Timbalan Presiden.
“Saya percaya gabungan Hamzah dan Muhyiddin, pasti akan memberikan hala tuju masa depan Bersatu lebih baik dalam usaha meraih sokongan pengundi kita menjelang PRU-16,” ujar beliau.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button