NasionalNegeri

Berputih mata melihat sepupu dibaham buaya ketika memancing

Mayat mangsa ditemukan petang semalam

PADA Ahad lepas, Azman Tugau, 35, bersama sepupunya memancing di pinggir Sungai Pegagau, Semporna sebelum dia dibaham buaya pada kira-kira pukul 3 petang.

Sepupu mangsa yang menyaksikan kejadian tersebut ternyata tidak mampu berbuat apa-apa dan bernasib baik kerana berjaya melarikan diri.

Dia melaporkan kejadian itu kepada polis dan mayat Azman ditemukan orang awam pada kira-kira pukul 5 petang, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam satu kenyataannya memaklumkan, mayat mangsa ditemukan berhampiran lokasi dia dibaham reptilia itu.

“Pada pukul 5.30 petang tadi Balai Bomba dan Penyelamat Atas Air Semporna menerima makluman daripada Ibu Pejabat Polis Semporna bahawa mayat mangsa ditemukan oleh orang awam.

“Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa ditamatkan,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button