Kemalanganpilihan

Berpantang maut sebelum ajal

Berpantang maut sebelum ajal. Itu situasi dialami empat sekeluarga yang nyaris maut apabila kereta yang dinaiki terbabas ke dalam parit di Jalan Melaka Pindah, Alor Gajah, Melaka pagi tadi.

Melihat keadaan kereta Proton Pesona yang remuk teruk sudah ramai menjangkakan mungkin ada mangsa yang maut atau mengalami kecederaan parah.

Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan II, Nazri Mat Aris berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.00 pagi itu, pasangan suami isteri masing-masing berusia 52 dan 51 tahun serta anak lelaki mereka berusia 14 tahun sekadar mengalami kecederaan ringan.

Anggota bomba berjaya mengeluarkan seorang mangsa daripada kereta Proton Pesona yang terbabas ke dalam parit di Melaka Pindah, Alor Gajah, Melaka.

Menurutnya, seorang lagi mangsa yang berada dalam kereta tersebut yang juga anak saudara lelaki pasangan terbabit berusia 23 tahun juga mengalami kecederaan ringan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.07 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah bersama 10 pegawai dan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Sejurus tiba didapati sebuah kereta Proton Pesona terpelosok di sebatang parit akibat terbabas.

“Difahamkan kereta terus dalam perjalanan dari Machap Umboo menghala ke Alor Gajah dan dipercayai terbabas di bahu jalan.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan daripada kereta terbabit dan kesemua mangsa sekadar mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi mendapat rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Nazri berkata, operasi menyelamat tamat sepenuhnya kira-kira pukul 11.23 pagi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button