Nasional

BERNAS santuni pesawah Perlis

SELAYAKNYALAH kebajikan golongan pesawah yang menjadi tulang belakang dalam industri padi dan beras negara diberikan perhatian.

Sehubungan itu, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR)nya kali ini melalui program IKHLAS Ramadan dengan memberi fokus terhadap golongan pesawah.

Ketua Jabatan Operasi Kilang BERNAS, Mohamad Solhi Mohd Salleh berkata, kira-kira 150 pesawah, 80 keluarga asnaf termasuk 40 anak-anak pesawah serta 10 buah masjid di sekitar negeri Perlis dipilih untuk menikmati program IKHLAS Ramadan.

“Sumbangan yang diberikan ini termasuk pembelian baju raya kepada anak-anak pesawah serta set barangan keperluan asas seperti beras, biskut raya dan lain-lain lagi untuk keluarga pesawah,” katanya.


Katanya, sebanyak 10 buah masjid di sekitar pusat operasi BERNAS di negeri Perlis juga turut menerima wang insentif bagi mengimarahkan lagi aktiviti yang dijalankan oleh mereka.

Mohamad Solhi juga turut menyerahkan sumbangan wang insentif pada masjid terpilih pada majlis BERNAS Santuni Golongan Pesawah Perlis di Masjid Al-Firdaus, Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis, petang semalam.

Turut hadir Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Nurulhisham Yaakob.

“Pada program hari ini juga diadakan majlis berbuka puasa dengan kehadiran 150 pesawah dari Komuniti Industri Tani BERNAS (KITA),” katanya.

Katanya, penganjuran majlis berbuka puasa ini menjadi platform sebagai tanda penghargaan kepada KITA yang banyak berjasa kepada industri.

Selain itu katanya, sebanyak 80 asnaf dari kariah Masjid Al-Firdaus dipilih menerima sumbangan barangan menerusi zakat wakalah perniagaaan BERNAS.

Katanya, pada Ramadan kali ini juga BERNAS akan terus mengiatkan program amal dengan pelbagai perancangan termasuk agihan bubur lambuk, beras dan barangan keperluan harian kepada asnaf. -SM

(Visited 34 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button