Politik

Berkata benar walaupun pahit

 

24 November 2021.
Putrajaya.
DSBA.

Seperkara yang amat penting untuk political operator kepada Bapak-Bapak Menteri dan Perdana Menteri ialah berkatalah yang benar, walaupun perkara itu pahit.

Saya sering kena marah dengan Tan Sri Noh Omar ketika menjadi Setiausaha Sulit Kanan kepada beliau selama 13 tahun. Sebagai SUSK, saya adalah Chief of Staff, “I must protect my Minister with the truth.” Walaupun perkara tersebut pahit dan “bad news.”

Menteri sering masuk longkang kerana di kelilingi dengan ” Yes Man” atau “Yes Officer,” kerana apa ? Kerana bagi mereka semua yang Menteri buat dan hendak buat, adalah betul. Tidak ramai pegawai berani bantah idea atau cadangan dari Bapak Menteri.

Menteri juga sering di kelilingi dengan pegawai yang hanya berupaya bawa beg Menteri kesana kesini. Tidak berupaya pergi solo menyelesaikan masalah Rakyat atau pergi berjumpa Ketua-Ketua UMNO Bahagian di tempat mereka. Kerana apa ? Kerana mereka tidak kenal rapat dengan Ketua-Ketua Bahagian ini.

Political Operator kena kenal rapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian dan pemimpin-pemimpin lain dari parti PAS dan BERSATU.

BERKATA BENAR. WALAUPUN PAHIT.

Adalah amat penting untuk berkata benar walaupun kebenaran itu sesuatu yang pahit.

Di Pilihanraya Negeri Melaka, Barisan Nasional menang besar dengan 21 kerusi daripada 28 yang di tandingi.

BN agak bernasib baik, atas kerana Norma Baru dan SOP yang ketat, masih ramai yang takut untuk keluar mengundi menyebabkan peratus keluar mengundi rendah.

Sekiranya di lihat secara sepintas lalu, kalau di campur kedua-dua jumlah undi yang di perolehi oleh Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, kedua-dua parti gabungan ini akan di lihat menang besar dan Pakatan Harapan akan di lihat kalah teruk di Melaka.

Apa yang terjadi. Tidak seperti itu, yang jelas kelihatan jurang perbezaan semakin luas antara 3 Team yang sedia ada.

Kini, Rakyat sedar ada 3 Pasukan atau 3 Team yang berbeza.

TEAM A :
DS Zahid Hamidi.
DS Najib Razak.
Tok Mat Hasan.
Tok Mat Maslan.

TEAM B :
DS Ismail Sabri (PM),
TS Annuar Musa (Menteri),
DS Hamzah Zainuddin (Menteri),
Dato’ Takiyuddin (Menteri).
(Yang berada dalam Kabinet DS Ismail Sabri).

TEAM C :
TS Muhyiddin Yassin.
DS Hj. Hadi.
DS Hamzah Zainuddin.
MB Terengganu, Dato’ Sam.

Rakyat lihat, Team B dan Team C kelihatan amat selesa berada di dalam Kerajaan dan di dukung oleh Gabungan parti-parti di dalam Perikatan Nasional bersama dengan GPS Sarawak serta Menteri-Menteri dari UMNO seperti DS Mahdzir Khalid dan DS Reezal Marican.

Permasalah timbul dengan Team A.

Team A tidak mahukan kerjasama ini berkekalkan. Team A mahukan UMNO dan BN bertanding bersendirian di PRN Melaka dan kemungkinan besar di PRU ke 15 juga.

Team A merasakan UMNO sudah kuat dan tidak perlu gabungan dengan Team C iaitu dari Perikatan Nasional.

Keadaan ini, menyukarkan tugas Perdana Menteri DS Ismail Sabri, beliau tersepit dengan keadaan yang sukar ini.

Di Putrajaya, dia bersama-sama dalam Kabinet dengan pemimpin-pemimpin dari BERSATU, PAS dan GPS Sarawak, tetapi di PRN Melaka, pertembungan di Pilihanraya Negeri tersebut amat sengit dan level kata-mengata sudah berada di tahap yang amat kritikal.

Barisan Nasional menyerang TSMY bertubi-tubi. TSMY pula membalas serangan Najib Razak juga bertali-arus.

Seolah-olah musuh kita bukannya Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan atau DAP.

Keadaan amat kritikal apabila UMNO dan Barisan Nasional menurut kehendak Presiden Parti, Zahid Hamidi supaya UMNO bertanding solo tanpa Perikatan Nasional.

Selepas ini, akan berlangsung pula Pilihanraya Umum Negeri Sarawak pada bulan Disember.

Di ketahui umum, Negeri Sarawak mahukan Pilihanraya Negeri berasingan dari Pilihanraya Umum Persekutuan.

Sarawak mahu selesaikan Pilihanraya mereka dahulu. Sarawak tidak mahu isu Nasional di jadikan isu pada PRN Sarawak. CM Tan Sri Abang Jo yakin GPS boleh kembali berkuasa di Negeri Sarawak dengan mandat yang besar sekiranya PRN Sarawak di adakan berasingan.

Adalah amat sukar untuk menyakinkan kepimpinan UMNO agar bergabung dengan Perikatan Nasional untuk PRU ke 15, setelah UMNO menang besar di PRN Melaka.

Tugas PM DS Ismail Sabri saban hari semakin sukar untuk menjaga hati semua pihak di sebelah sini (UMNO) dan di sebelah sana (BERSATU & PAS).

Walau bagaimanapun, paling tidak PRN Melaka telah tidak menyebabkan angka kes baru Covid naik melonjak di Melaka seperti PRN Sabah.

Ini menunjukkan Vasin berkelumpuk telah berjaya memainkan peranan yang penting mengawal Pandemik Covid di Melaka.

Orang-orang Melayu di Negara ini, hanya mampu berdoa agar ketiga-tiga parti Melayu terbesar ini bergabung untuk hadapi Pilihanraya Umum ke 15, agar musuh utama kita, Pakatan Harapan tidak akan mendapat peluang untuk kembali memerintah Kerajaan Persekutuan.

Hancurkan DAP dan PH, ONCE AND FOR ALL.

SEKIAN.

Penulis, DATO’ SAIFUL BAHAR, merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013).

Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya.

Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button