Ekonomi

Apakah susu formula yang menjadi pilihan ibu-ibu di rantau ASEAN?

THE Asian Parent (TAP), iaitu  platform keibubapaan dan komuniti terbesar untuk ibu bapa di Asia Tenggara melebih 35 juta pengguna setiap bulan, telah mengadakan satu tinjauan pengguna mengenai susu formula yang paling menjadi pilihan.

Tinjauan ini memberikan gambaran jelas kepada jenama susu tentang di mana kedudukan mereka berbanding pesaing menurut pengguna jenama tersebut sendiri di setiap pasaran iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand.

Lebih 5,000 ibu diminta untuk menilai jenama susu formula yang mereka telah gunakan dalam tempoh tiga bulan lalu berdasarkan tujuh parameter iaitu memenuhi keperluan, kepercayaan, cinta pada jenama, keunikan, nilai untuk wang, kepuasan, dan kemungkinan
Jenama yang muncul di tangga teratas di setiap negara terbabit ialah:
● Indonesia: S-26 di tempat #1 dalam semua parameter kecuali keunikan, yang mana Pediasure menduduki tempat teratas
● Malaysia: PediaSure, Enfagrow, dan Karihome memperoleh tiga 3 OBS teratas
● Filipina: Enfamil mendapat OBS tertinggi pada 6.13
● Singapura: Aptamil dan Dugro dinilai tertinggi oleh para ibu
● Thailand: Dumex mendahului 6 daripada 7 parameter tetapi Enfagrow mendapat OBStertinggi.

Laporan itu menyatakan bahawa di seluruh pasaran, skor menurun apabila ia menyentuh tentang keunikan. Ketua Wawasan Serantau TAP, Malena Gong, mengulas: “Ini adalah penemuan menarik yang kami gembira untuk berkongsi dengan semua jenama. Itulah apa Asianparent Insights ingin lakukan dan mampu lakukan memandangkan kami ada komuniti besar, keupayaan teknologi dan keinginan untuk merapatkan jurang antara ibu dan pemasar.

“Keunikan adalah titik kesukaran dan peluang yang boleh digunakan oleh jenama-jenama ini untuk memenangi para ibu, datang terus daripada ibu.”

Laporan ini turut menyentuh tentang gelagat pengguna utama iaitu para ibu tentang: Corak Pembelian, Sumber  Kesedaran dan Pengaruh Persekitaran.

Bahagian ‘Corak Pembelian’  melihat kekerapan membeli-belah, bilangan pek dan saiz pek setiap pembelian, serta saluran pembelian dalam talian dan luar talian yang paling digemari para ibu.

Maklumat mendapati 35% ibu di Malaysia membeli sekurang-kurangnya sekali sebulan, dengan purata empat pek susu sebulan berbanding ibu di pasaran Asia Tenggara yang lain.

Hampir separuh ibu Malaysia juga lebih gemar membeli susu formula dalam pek bersaiz besar (700g hingga 1000g), diikuti pek sederhana (300g hingga 699g).

Dalam membeli-belah luar talian berbanding dalam talian: 85% ibu Malaysia masih memilih untuk membeli secara luar talian dengan kebanyakan ibu memilih untuk membeli-belah di pasar raya dan pasar raya besar berbanding kedai serbaneka, pasar mini, kedai runcit dan farmasi.

Mereka yang memilih untuk membeli dalam talian memilih Shopee sebagai platform e-dagang pilihan, iaitu 82%, peratusan tertinggi dalam kalangan pengguna Shopee di SEA.

Di bawah "Sumber Kesedaran" dan "Pengaruh Persekitaran" pengguna para ibu, laporan
mendapati bahawa di seluruh pasaran, pengesyoran daripada keluarga/rakan adalah sumber kesedaran teratas (42%-54%) dan pemacu pembelian teratas (44% -56%).

Sumber kesedaran dan pengaruh lain yang perlu diambil perhatian: Cadangan ibu-ibu lain melalui media sosial atau aplikasi keibubapaan/IM menduduki tempat kedua dalam tiga daripada lima pasaran untuk kesedaran (42%-54%). Sementara itu, cadangan doktor/pakar sakit puan/pakar pediatrik mengambil tempat kedua untuk pengaruh (33%-51%).

“‘Ini semua tentang perbualan,” tambah Gong. “'Pemasaran mulut ke mulut' tidak terhad untuk
menjana desas desus semasa pelancaran kempen, tetapi memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kepercayaan jenama — sebagai gelombang ibu pertama kali mendapatkan  nasihat tentang produk yang benar-benar sesuai dengan pelbagai keperluan mereka dan seterusnya akan membuat pilihan terbaik untuk keluarga mereka. Kebanyakan perbualan ini berlaku dalam talian, dalam kalangan ibu bapa dan komuniti ibu bapa yang lebih besar, bertukar cerita, petua dan ulasan tidak ditapis. Ini adalah ruang yang memerlukan
pendengaran.”

(Visited 450 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button