NasionalPendidikan

Berita baik untuk guru, tunggu esok – Fadhlina

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek membayangkan beberapa berita gembira akan diumumkannya sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, Melaka, esok.

Beliau berkata, pengumuman itu dijangka memberi semangat serta impak terhadap keseluruhan ekosistem pendidikan negara.

“Tunggu esok, insya-Allah ada beberapa perkara yang saya fikir (akan diumumkan esok) untuk kita bagi semangat kepada guru-guru kita dan keseluruhan ekosistem pendidikan dan negara,” katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2023 di MITC Ayer Keroh.

Katanya, penghormatan sewajarnya perlu diberikan kepada pendidik jika mahu melihat Malaysia membangun sebagai negara bangsa kuat.

“Refleksi guru bangsa ini akan memberikan refleksi kepada kekuatan dan jati diri yang kuat kepada rakyatnya.

“Biar orang (luar) melihat rakyat Malaysia, orang (luar akan) ingat guru-guru bangsa inilah yang telah mendidik rakyat Malaysia sehingga menjadi rakyat yang kuat jati diri…maknanya kekuatan bangsa itu lahir daripada kekuatan guru-gurunya,” katanya seperti dilaporkan FMT hari ini. – SM

BACA Raja Muda Perlis akan rasmi hari guru secara pandu lalu dan strim langsung

BACA Teringat Sambutan Hari Guru 16 Mei Semasa Sekolah Dulu-Dulu, Sekarang Mungkin Berbeza

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button