Beri jambangan bunga ‘wang’ buat isteri, Norman Hakim malas nak pening
MENYAMBUT ulang tahun perkahwinan ke sembilan, nampaknya ada sesuatu yang istimewa diberikan oleh pelakon, Norman Hakim terhadap isterinya, Memey Suhaiza.
Norman memberikan jambangan bunga yang dihiasi dengan wang kertas RM50 sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan.
“Alhamdulilah, ada orang itu gembira sangat dapat bunga atau jambangan bunga ‘wang’.
“Kita orang lelaki tak perlu nak pening fikir nak beli hadia apa lagi lepas ini. Bagi jambangan ini sahaja dan terpulanglah pada isteri nak beli apa dengan wang tersebut,” katanya.
Menerusi status yang dikongsi di akaun Instagram milik pelakon itu, dia turut memberikan ucapan terima kasih kepada ucapan dan dia yang diberikan di ruangan komen.
Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 32, mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 24 September 2011.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 7; Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, 2. -SM