Nasional

Beri alasan nak pulangkan pelitup muka, rupanya nak cabul budak darjah 3

SEORANG pemandu forklift ditahan selepas melakukan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun di Desa Mentari, Petaling Jaya semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku pada 3 November lalu ketika mangsa berada seorang diri di rumahnya didatangi seorang lelaki berusia 45 tahun yang juga suami kepada pengasuh mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek telah masuk ke rumah mangsa dengan alasan ingin memulangkan pelitup muka mangsa.

“Ketika berada di dalam rumah, suspek telah memanggil mangsa untuk duduk bersebelahannya sebelum mencabul bahagian dada mangsa.

“Mangsa kemudian menjerit berkali-kali sehingga suspek melarikan diri. Mangsa juga menghubungi ibu saudaranya untuk memberitahu kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ku Mashariman, susulan kejadian telah mengakibatkan mangsa mempunyai keadaan emosi tidak stabil.

Jelasnya, pada pukul 9 malam semalam, ibu saudara mangsa bersama suaminya telah terserempak dengan suspek di bawah rumah yang baru pulang dari tempat kerja.

“Pengadu (bapa saudara mangsa) telah memanggil suspek tetapi suspek cuba melarikan diri sebelum berlaku pergelutan di antara mereka berdua.

“Akhirnya suspek telah dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya dan ditangkap untuk siasatan,” ujarnya.

Tambahnya, suspek telah ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSK) 2017. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button