Hiburan

Pak Lah Cecupak meninggal dunia

BAGI yang mengikut industri seni terutamanya dalam bidang komedia era 90an, pasti cukup kenal dengan nama Senario dan Cecupak.

Namun, ada berita sedih bagi peminat kumpulan Cecupak apabila seorang daripada ahlinya iaitu Nor Affendi Nurdin, 53, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah Cecupak meninggal dunia pagi tadi.

Menurut isteri arwah, Rohamiza Ali, arwah telah disahkan menghidap barah usus tahap empat dan sudah berulang alik ke hospital sejak Julai lalu.

Dia yang reda dengan pemergian suaminya berkata, doktor telah mengesahkan yang barah usus dihidap suaminya sudah merebak ke hati.

Arwah sebelum ini telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Wakaf Tengah, Kuala Terengganu, petang tadi.

Selain menyanyi dan berlawak, Allahyarham juga aktif mencipta lagu serta menulis lirik untuk lagu tradisional dan lagu rakyat dalam loghat Perak.

Antara lagu popularnya ialah Joget Toleh Menoleh nyanyian kumpulan Senario. -SM

(Visited 834 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button