Politik

Berbalah jawatan PM: Ingatan sudah insaf bila jadi pembangkang

KONFLIK berlanjutan mengenai siapa yang lebih layak antara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir Mohamad mengundang sindiran pihak lawan,

Antaranya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang berkata, kejatuhan Pakatan Harapan sebagai kerajaan persekutuan hingga menjadi pembangkang masih tidak menginsafkan pemimpin Pakatan Harapan.

Menurutnya, kerajaan Pakatan Harapan yang berusia tidak sampai dua tahun itu kerana bergaduh untuk menentukan siapa yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri.

Asyraf Wajdi berkata, Allah memelihara Malaysia ketika Covid-19 menyerang dengan mengantikan kerajaan yang lebih baik berbanding Pakatan Harapan.

“Rupanya masih bergaduh lagi bab jawatan PERDANA MENTERI. Ingat ke dah insaf bila dah jadi pembangkang. Runtuhnya Kerajaan PH 22 bulanpun sebab berbalah bab PM.

“Mujurlah Allah pelihara Malaysia ketika rakyat bergelumang dengan Pandemik Covid-19, ditakdirkan kerajaan PH jatuh digantikan dengan Kerajaan yang lebih serius menjaga kebajikan rakyat. Setuju tak pandangan ini?” kata Asyraf Wajdi.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini bertajuk ‘Rancangan peralihan kuasa goyah akibat kebuntuan antara Dr. M, Anwar’.

Portal itu melaporkan sebilangan besar ahli parlimen PKR menolak cadangan Dr. Mahathir yang menawarkan Anwar jawatan timbalan perdana menteri, sementara beliau mengambil alih jawatan perdana menteri selama enam bulan sebelum melakukan peralihan kuasa.

Sumber lain yang bercakap kepada Malaysiakini menjelaskan kurangnya keyakinan bahawa Mahathir akan mengakhiri tawar-menawarnya.

Laporan itu berkata, kecurigaan terhadap Mahathir bermaksud PKR hanya bersedia memberikan sokongan untuk mengambil alih semula kerajaan sekiranya Anwar menjadi perdana menteri.

Kecurigaan itu dikatakan berasas kerana ketika mesyurat dalaman Bersatu yang bocor, Mahathir bersedia menepati janjinya untuk mengundurkan diri sebagai perdana menteri namun tidak kelihatan bersedia mengumpulkan sokongan anggota parlimen Bersatu terhadap Anwar.

Menerusi rakaman audio yang bocor itu, Mahathir bahkan mencadangkan agar beliau kembali menjadi perdana menteri setelah mengundurkan diri sekiranya Anwar tidak mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat dan meminta para pemimpin Bersatu tidak menekannya menyingkirkan PH sehingga tiba waktunya.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button