Ekonomi

Benarkah madu kelulut dapat meningkatkan imuniti badan?

RATA-rata masyarakat hari ini ramai yang memberi tumpuan terhadap bahan semula jadi sebagai rawatan alternatif berbanding ubat-ubatan moden. Antaranya ialah madu kelulut. Madu kelulut semakin mendapat tempat dan perhatian kerana khasiatnya yang tinggi. Madu kelulut kaya dengan antioksidan, antibakteria, vitamin dan mineral yang dapat membantu menguatkan imuniti badan.

Pada tahun 2016, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mengiktiraf madu kelulut sebagai makanan ‘Superfood’ pertama di Malaysia.

Madu kelulut mempunyai banyak kelebihan antaranya:

  • Kaya dengan antioksidan, antibakteria, vitamin & mineral yang dapat membantu meningkatkan imuniti tubuh badan.
  • Mengurangkan sakit tekak, batuk dan lain-lain.
  • Dapat meningkatkan tenaga.
  • Membantu meningkatkan kesihatan kulit dan melembapkan kulit.
  • Mengandungi Trehalulose – Gula semula jadi rendah glisemik index.


Tahukah anda, Trehalulose adalah gula semula jadi yang rendah glisemik indeks (GI) di mana, secara saintifiknya ia memperlahankan kenaikan paras gula dalam darah serta selamat dan berkesan bagi mereka yang perlu mengawal paras gula.

Menurut pakar dan saintis yang telah membuat kajian, trehalulose adalah gula unik yang hanya ditemui secara pukal dalam madu kelulut sahaja dan belum ditemui dalam madu-madu yang lain.

Kelebihan yang telah dinyatakan di atas ada pada Arnia Madu Kelulut. Arnia Madu Kelulut merupakan produk Pharmaniaga Naturals iaitu salah satu divisyen di bawah Pharmaniaga Berhad.

Arnia Madu Kelulut ini sangat unit dan berbeza kerana:

  • Kandungan air kurang dari 22%

Madu kelulut Arnia melalui proses di mana kandungan air dikekalkan di bawah 22% selaras dengan Standard Malaysia MS 2683; Spesifikasi Madu Kelulut. Jadi, ia lebih pekat, mudah disimpan dan rasanya lebih sedap.

 

  • 25% lebih banyak madu

Disebabkan kandungan air dikurangkan ia digantikan dengan Madu Kelulut tulen.

 

  • Mengandungi Trehalulose

Madu Kelulut mengandungi “Trehalulose”- gula semula jadi yang rendah glisemik.

Kualiti & kesegaran ARNIA Madu Kelulut terjamin di mana ia dihasilkan dengan Amalan Pengilangan Baik (GMP) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan seperti mana dinyatakan, ia menepati Standard Malaysia MS 2683; spesifikasi Madu Kelulut. Arnia juga mendapat pensijilan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Arnia di datangkan dengan 2 variasi iaitu Multiflora Bebunga Liar dan Monoflora Acacia. Ia juga di datangkan dengan 2 saiz iaitu 265 gram dan 60 gram. Multiflora dan Monoflora mempunyai khasiat yang sama iaitu kaya dengan antioksidan, antibakteria, vitamin & mineral yang dapat meningkatkan imuniti badan.

Arnia Madu Kelulut boleh didapati secara online di Shopee, Lazada, PG Mall, MyAEON dan Royale Pharma atau tekan link ini.

Anda juga boleh dapatkan ARNIA madu kelulut di 64 cawangan AEON Wellness di seluruh Malaysia, PT Widuri dan juga di Aeon Supermarket & cawangan-cawangan Farmasi terpilih.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ARNIA boleh melayari laman web Arnia, www.arnia.my.

Ikuti Arnia Madu Kelulut di social media Instagram dan Facebook  @arniamadukelulut.

Amalkan ARNIA Madu Kelulut dengan konsisten #madutanparagu.

(Visited 295 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button