Hiburan

Belum rezeki Ernie-Syamel bergelar ibu, ayah

MUNGKIN sahaja boleh menjadi khabar gembira buat Syamel jika benar isterinya, Ernie Zakri berbadan dua namun belum rezeki lagi bagi pasangan ini untuk menimang cahaya mata sulung mereka.

Berita Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, dikatakan hamil telah pun dinafikan bagaimanapun beliau berdoa dan menghargai doa yang baik-baik dari orang ramai.

“Mana-mana pasangan suami isteri pastinya mahu menimang cahaya mata dan memang itu perancangan kami. Selepas berkahwin kami memang mahu anak cepat.

“Tetapi buat masa sekarang, dalam keadaan kami sekeluarga sedang bersedih, saya mohon doakan agar kami dapat timang cahaya mata secepat mungkin. Itu akan menggemberikan kami sekeluarga dan rezeki saya dan Syamel,” katanya.

Ernie masih dalam suasana dukacita kerana ibu Syamel baharu sahaja pulang kerahmatullah Ahad lalu.

Bagi Syamel pula, beliau mengakui akan berkongsi berita gembira sekiranya Ernie hamil.

“Saya dan isteri tidak akan menyembunyikan khabar gembira dari pengetahuan ramai andainya ada rezeki kami untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

“Kami tidak ada masalah untuk berkongsi dengan semua. Insya-Allah jika isteri saya ni hamil, kami sendiri akan memaklumkan. Cuma saya mahukan doa yang baik-baik dari semua,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button