Rencah Hidup

Belanjawan 2024 Malaysia Madani pinggirkan 170,000 pemandu Teksi & Ehailing?

KALAU hati tisu, memang mudah koyak. Apatah lagi jika benda yang diharapkan tidak menjadi realiti dalam pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani, Jumaat lalu, 13 Oktober oleh Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Gabungan Teksi Malaysia melalui Yang Dipertuanya, Kamarudin Mohd Hussain mengulas isu berkaitan Belanjawan 2024 Malaysia Madani.

“Bagi saya jika Geran Khas RM1K yang saya mohon untuk 40K pemandu Teksi dan Kereta Sewa diluluskan, ia adalah bonus.

“Tetapi bagi saya perkara yang paling utama yang seharusnya kita semua tuntut daripada kerajaan adalah penyelesaian kepada masalah pokok yang selama ini kita hadapi iaitu masalah ketidaksamarataan diantara perkhidmatan Teksi & Ehailing,” katanya dalam perkongsian di video.

Beliau berkata, kerana Geran Khas RM1,000 bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan masalah mereka, malah sama sekali tidak akan mampu menampung kos sara hidup kita selama setahun untuk sampai ke Belanjawan 2025.

Sebaliknya, katanya, apabila masalah ketidaksamarataan diselesaikan secara tuntas, mereka semua boleh berdikari mencari rezeki dalam satu suasana yang adil dan harmoni tanpa terus menerus bergantung harap kepada bantuan seperti peminta sedekah.

“Namun malangnya KEMENTERIAN PENGANGKUTAN khusunya YB ANTHONY LOKE masih menyepikan diri dan tidak mahu menyelesaikan masalah yang beliau sendiri usahakan kelulusan di dalam Parlimen pada 27 Julai 2017 yang lalu.

“Mungkin beliau beranggapan pemandu Teksi dan E-hailing adalah golongan rakyat bawahan yang perlu dikorbankan untuk kepentingan rakyat atau lebih tepat untuk kepentingan syarikat KAPITALIS yang selama ini merompak berbilion-bilion ringgit wang industri ke luar negara,” dakwa Kamarudin.

Kamarudin seterusnya berkata, mungkin 170,000 rakyat Malaysia yang terdiri daripada pemandu Teksi & Ehailing tidak layak menerima manfaat yang hakiki dari pengertian MALAYSIA MADANI yang diilhamkan oleh PERDANA MENTERI DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM. – SM

BACA 40,000 ahli GTSM mohon Geran Khas RM1,000

BACA GTSM mahu Menteri selesaikan isu ketidaksamarataan teksi & e-hailing

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button