NegeriRencah Hidup

Belajar buat kuih goyang, rempeyek warisi kuih raya tradisional

KEBANJIRAN pengusaha kuih tradisional di musim perayaan mahupun di luar musim sekaligus menjadikan semakin ramai dalam kalangan wanita sudah tidak mahir untuk membuatnya.

Bagaimanapun Persatuan Kebajikan Wanita Wang Bintong, Perlis mengambil inisiatif untuk memastikan ahlinya tidak lupa membuat kuih lama ini.

Para peserta bergilir-gilir belajar menggoreng kuih goyang dan rempeyek.

“Saya tidak mahu cara membuat kuih goyang dan rempeyek dilupakan, kena belajar semula dengan seorang yang mahir dalam pembuatan kuih ini,” kata Rosmuna Ibrahim atau lebih dikenali Cik Muna selaku Pengerusi persatuan ini.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya setelah mendapat ilmu ini akan membolehkan peserta menghasilkan sendiri kuih lama ini pada masa depan.

“Boleh juga jika mahu dikomersialkan bagi yang ada kesungguhan sebagai usaha mendapatkan pendapatan sampingan,” katanya pada program itu yang diadakan di pekarangan rumahnya di Kampung Jarak Bintong.

Kira-kira 30 peserta mengikuti kelas ini yang berlangsung selama tiga jam.

Setiap peserta hanya dikenakan yuran penyertaan RM10 dimana setiap peserta berpeluang belajar secara teori dan amali dengan Sarimah Ani, 52.

Sarimah (kiri) menunjukkan cara mencampur bahan untuk menghasilkan kuih goyang dan rempeyek pada kelas memasak anjuran Persatuan Kebajikan Wanita Wang Bintong di Kampung Jarak, Bintong, Perlis.

Sarimah dari Kampung Syed Omar, Bintong ini telah menghasilkan kuih goyang dan rempeyek lebih 30 tahun secara komersial.

Semasa kelas ini, Sarimah sudi berkongsi resipi yang digunakan untuk jualannya.

Selain itu, wanita ini juga memberikan tips bagi menghasilkan kuih ini ranggup dan enak.

Kuih goyang warisan tradisional juga dikenali sebagai kuih ros dan juga loyang.

Antaranya penggunaan tepung beras dari jenama yang dikhususkan, telur yang sepatutnya diletakkan mengikut gred selain tambahan bahan-bahan lain.

Sarimah juga berkongsi kegunaan jenis acuan kuih goyang yang sesuai supaya kuih yang dihasilkan elok kejadiannya.

Rata-rata peserta berpuas hati dengan pembelajaran kuih lama ini yang disifatkan tidak sesukar seperti yang dibayangkan sebelum ini.

BACA https://suaramerdeka.com.my/inovasi-representasi-kuih-tradsional-melayu-di-pasar-sehari-ban-chin-satun/

BACA https://suaramerdeka.com.my/serabai-pemanis-mulut-majlis-kenduri/

– SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button