fbpx
Rencana

Belacan Tanjung Dawai pun boleh ditempah secara online

ISTERI saya adalah peminat tegar belacan Tanjung Dawai, Kedah. Pada kebiasaannya kami akan membeli dalam jumlah yang banyak apabila ke sana.

Fahaman bahawa belacan Tanjung Dawai adalah yang paling enak juga telah diperturunkan kepada anak-anaknya.

Bagaimanapun, setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak Covid-19, kami sekeluarga tidak dapat pulang kampung dan bermakna tidak dapat membeli stok belacan kegemaran.

Bagaimanapun ia tidak menjadi masalah kerana semuanya boleh dipesan melalui talian seperti Shopee. Bukan itu sahaja banyak lagi barangan yang boleh dibeli hanya melalui talian.

PKP ini memberi ruang kepada para peniaga di kampung-kampung juga berniaga di dalam talian dan ini adalah satu perkembangan yang baik.


Walaupun bagi penduduk bandar-bandar besar pembelian barangan dalam talian sudah menjadi perkara biasa, tetapi bagi mereka yang berniaga kecil-kecilan ia sesuatu yang baru.

Namun oleh kerana keadaan mendesak akhirnya mereka sendiri menyertai peniagaan secara talian kerana ia mempunyai jangkauan pelanggan yang lebih luas.

Jika dahulu peniaga di kampung hanya perlu buka payung di tepi jalan sudah cukup untuk menjual barangan dan produk bagi menjana pendapatan ratusan ringgit sehari.

Bagaimanapun keterbatasan pergerakan memaksa mereka memilih medium dalam talian kerana di situ jutaan pelanggan bahkan jika kena dengan pasaran antarbangsa ia mencecah berbilion jumlah pelanggan.

Bagi mereka yang masih tertanya apakah barangan yang dijual akan laku, kini telah menemui jawapannya tiada yang tidak dapat dijual di dalam talian.

Buka sahaja kedai di dalam Shopee contohnya tanpa melibat sebarang kos atau lesen, ia sudah cukup untuk memulakan perniagaan.

Tidak perlu berjemur seharian di tepi jalan untuk menjual barangan, hanya perlu menguruskan pembungkusan dan penghantaran di rumah sahaja kerana khidmat penghantaran akan datang ke rumah dengan bayaran yang sangat rendah.

Keyakinan orang ramai terhadap jual beli di dalam talian juga semakin meningkat ekoran transaksi yang lancar dan kadangkala agak terjejas kerana keterbatasan pergerakan.

Dengan langkah kerajaan melaksanakan PKP Bersyarat adalah dijangka lebih meriah di dalam talian selepas ini.

Selain itu ia juga membuka peluang untuk orang ramai menjadi `runner’ atau tukang penghantar barangan yang pastinya meningkat mendadak.

Akhirnya jika selama ini kita lebih banyak membeli produk dari luar, selepas ini lebih banyak produk kita dapat dipasarkan ke luar negara secara dalam talian.

Cuma bagi kaki shopping mereka kini perlu belajar mengawal diri jangan terlajak membeli-belah sehingga bajet lari. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button