Nasional

Bekas Suami Abai Nafkah Bekas Isteri Sampai RM78K Bebas Jalani Kehidupan

Biarpun sudah tidak bersama lagi, tanggungjawab sebagai seorang suami terhadap bekas isteri serta anak-anak masih perlu dijalankan seperti biasa. Antaranya adalah memberi nafkah kepada mereka.

Namun, kisah yang dikongsikan oleh wanita di TikTok ini lain pula. Difahamkan, beliau tidak menerima sebarang nafkah, meskipun sudah 15 tahun berpisah dengan bekas suami.

Melalui video yang dimuat naik, nafkah tertunggak yang tidak dibayar oleh bekas suaminya itu adalah sebanyak RM78,000.

Meninjau di ruangan komen hantaran berkenaan, hampir kesemua netizen berasa terkejut apabila mengetahui jumlah yang tertunggak boleh mencecah sebanyak itu.

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang berkongsikan kisah yang sama seperti apa yang dilalui oleh wanita itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button