Auto TravelBerita Auto

Dengan cantuman 1.27 juta blok permainan, terhasillah sebuah replika Perodua Myvi Extreme 1.5!

SIAPA sangka dengan cantuman 1.27 juta blok permainan, sebuah replika Perodua Myvi Extreme 1.5 berjaya dihasilkan dan kini ia dipamerkan di galeri pusat beli-belah Publika, Kuala Lumpur.

Perodua Myvi merupakan model popular perusahaan automotif kedua nasional bahkan hatchback kompak itu digelar sebagai King di media sosial susulan segelintir pemiliknya yang sering memecut laju di lorong kanan lebuhraya.

Lebih menarik sebuah model Myvi saiz sebenar yang diperbuat daripada blok lego dipamerkan di pusat membeli belah Publika. Model itu dibangunkan oleh Bryks Art menggunakan 1.27 juta blok permainan.

Berdasarkan keterangan yang dikongsi pada model MyBi Extreme 1.5 itu pihak yang terlibat mengambil masa dua bulan untuk memasang model King berwarna kuning tersebut yang melibatkan 15 individu.

Boleh dilihat bahagian lampu depan, belakang dan kabus berfungsi seperti kenderaan sebenar bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada stereng boleh dipusingkan atau sebaliknya.
Lebih menarik kemasan bahagian dalaman juga mirip dengan Myvi asli yang menggunakan kemasan merah pada bahagian kerusi. Begitu juga papan pemuka, tombol kawalan dan tombol gear serta skrin yang diletakkan di bahagian tengah.


Bahkan sistem audio MyBi berkenaan juga berfungsi yang memainkan alunan lagu raya. Selain itu, pihak Bryks Team juga menggunakan suspensi, brek, tayar dan rim asli. Namun begitu, kos pembangunan model tersebut tidak diketahui!

Tidak banyak informasi berkaitan Bryks Art mahupun Perodua MyBi tersebut. Sekali lagi, jika anda ingin melihat dengan lebih dekat model berkenaan bolehlah mengunjungi Publika yang mana hatchback tersebut akan dipamerkan hingga esok sahaja (29 Mei). – SM

(Visited 103 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button