Nasional

Bekas Setpol Perdana Menteri meninggal dunia

AHLI Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman dilaporkan meninggal dunia hari ini di Raub, Pahang.

Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu diepercayai mengalami serangan jantung sebelum dibawa ke Hospital Raub.

Bagaimanapun, pemimpin UMNO Gerik berusia 63 tahun itu menghembuskan nafas terakhir ketika mendapat rawatan di hospital berkenaan.

Berdasarkan maklumat terkini yang diterima, jenazah masih lagi berada di Hospital Raub, namun belum dapati dipastikan mengenai pengurusan pengebumian Allahyarham.

Hasbullah sebelum ini memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menentang calon daripada Pas dan PKR dengan majoriti 5,528 undi.

Selain menjadi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara berhad. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button