Nasional

Bekas Presiden BAM Abdullah Fadzil Che Wan meninggal dunia

BEKAS Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Abdullah Fadzil Che Wan, 78, meninggal dunia pada jam 3 pagi tadi di Hospital KPJ Tawakkal.

Berita mendukacitakan itu dimaklumkan oleh Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria menerusi hantaran di Facebook.

“Salam takziah kepada keluarga bekas Presiden BAM, Abdullah Fadzil Che Wan. Sumbangan Allahyarham kepada sukan badminton akan sentiasa dihargai.

“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada negara. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Allahyarham merupakan bekas Timbalan Menteri Luar dan Timbalan Menteri Pertahanan menerajui badan induk badminton negara selama tujuh tahun bermula 1993 hingga 2000.

Norza berkata, Allahyarham akan terus dikenang sebagai tokoh yang banyak menabur bakti kepada negara. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button