KesihatanNasional

Bekas pengerusi Bernama, Rahman Sulaiman meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Abdul Rahman Sulaiman, bekas pengerusi agensi berita nasional Bernama, meninggal dunia di usia 75 tahun akibat serangan jantung.

Anak perempuannya Diana Sulamazra berkata Rahman menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4 petang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras.

Allahyarham meninggalkan isteri Maznah Adam dan tiga orang anak.

Rahman dilahirkan di Parit Buntar, Perak, dan memulakan kerjayanya sebagai wartawan di Radio Televisyen Malaysia pada 1966 sebelum menyertai Bernama sebagai wartawan kanan pada 1971.

Beliau memilih untuk bersara awal dan menjadi Ahli Parlimen Parit Buntar selama satu penggal, selepas bertanding pada pilihan raya umum 1995 sebagai calon Barisan Nasional. Beliau menang dengan majoriti 5,449 undi.

Rahman dilantik sebagai pengerusi Bernama pada 2010 dan berkhidmat dua penggal sehingga 2016.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button