BEKAS Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin meninggal dunia hari ini. Mat Jahya, 80, pernah berkhidmat sebagai Mufti Perlis dari tahun 1984 sehingga 2006.
Perkara ini diumumkan oleh anaknya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bahari yang memuatkan status di Facebook (FB) pada pukul 10.30 pagi ini.
Beliau memberitahu, jenazah allahyarham ayahnya akan disembahyangkan di Masjid Puncak Alam, Selangor selepas solat Jumaat.
Salam takziah dari warga kerja SUARA MERDEKA kepada seluruh keluarga allahyarham. – SM
BACA Harussani meninggal dunia