Hiburan

Bekas menantu nak saman Chef Wan RM1 juta

Bekas isteri Nadzri, Shikin Maembong hantar surat saman

AGAK lama tak dengar cerita chef selebriti bermulut laju apabila mengeluarkan perkataan yang tidak kurang pedasnya. Siapa lagi yang dimaksudkan kalau bukan Datuk Chef Wan atau nama sebenarnya, Redzuwan Ismail.

Tup tup, keluar cerita panas tentang Chef Wan yang dikhabarkan terkilan dengan sikap bekas menantunya, Shikin Maembong.

WRIT saman yang dikemukakan kepada Chef Wan oleh bekas menantunya melalui peguam.

Bekas menantu Chef Wan tu ialah kakak kepada adik beradik selebriti TV, Maembong dan lebih tepat lagi gambaran yang boleh diberikan di sini ialah Shikin kakak kepada Emma Maembong.

Terkilan hati bekas Pak Mertua yang menerima surat tuntutan saman daripada bekas menantu.

Dalam satu hantaran di media sosial Instagram (IG) Chef Wan berkata, surat tuntutan saman itu telah dihantar melalui peguam bekas menantunya itu.

Shikin menuntut saman malu yang berpunca daripada teguran terbuka Chef Wan mengenai perbalahan Shikin dengan anak Chef Wan, Nadzri yang kini adalah bekas suami Shikin. Perbalahan berhubung soal anak.

GAMBAR kini tinggal kenangan, hakikatnya sudah menjadi pahit hubungan di antara bekas mertua, menantu, suami.

“Bekas isteri anak saya (bekas menantu), Shikin Maembong melalui peguamnya telah menghantar surat saman malu kononnya beberapa bulan lalu, saya menegurnya dan anak saya, Nadzri, bergaduh tentang anak. Hak bapa atau ibu adalah sama ke atas anak itu.

“Kerana mahu membalas dendam sebab tidak berpuas hati dengan tentang urusan nafkah anak, dia (Shikin) menggunakan cara itu (saman),” kata Chef Wan.

Kata Chef Wan yang berusia 65 tahun, beliau penat melayan drama yang terjadi kerana kedua-duanya (anak dan bekas menantunya itu) sudah dewasa dan boleh berfikir sendiri.

CHEF selebriti, Datuk Chef Wan kata, beliau penat melayan perangai yang tak matang.

Pada masa sama, Chef Wan turut terkilan atas tindakan saman yang dikenakan ke atasnya kerana beliau telah banyak membantu bekas menantunya itu ketika dalam kesusahan.

“Tidakkah berasa malu semasa susah, saya juga yang urus bil hospital dan macam-macam lagi. Sebagai bekas bapa mertua, salah ke jika saya beri nasihat?

“Sebagai orang tua, saya memberi nasihat yang baik-baik tanpa perlu melibatkan mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Ramai orang bercerai namun masih sama-sama menjaga anak,” ujar Chef Wan.

Kata Chef Wan lagi, sudah hampir setahun Nadzri tidak berjumpa dengan anaknya kerana dihalang oleh bekas isteri.

“Masing-masing dah tua. Tolonglah matang. Mahkamah ada banyak isu yang penting. Jangan ditambah lagi dengan isu-isu bodoh nak saman bekas bapa mertua.

“Kau lupa ke jasa-jasa aku bersusah payah kahwinkan kau berdua guna duit saya 100 peratus? Anak saya sudah bersetuju untuk anaknya dijaga ibu (bekas isteri). Cukuplah.

“Jika dia (Nadzri) mahu luangkan masa bersama anaknya beberapa hari dalam sebulan, biarkanlah. Itu adalah anaknya juga,” luah Chef Wan.

Dalam hantaran di IGnya juga, Chef Wan enggan melayan tuntutan bekas menantunya itu kerana letih untuk membuang masa.

“Saya tidak ada masa. Letih saya melayan kisah anak-anak ini semua. Miskin sangat ke nak sama saya RM1juta?” soal Chef Wan.

Nadzri atau nama penuhnya, Mohd. Nadzri Redzuwan, 40, mendidirkan rumah tangga dengan Siti Nur’ Ashikin Ismail pada 5 Disember 2014 dan bercerai pada Jun 2016.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna Natasya yang kini berusia tujuh tahun. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button