Bekas isteri ke-3 Raja Qatar bunuh diri.
Kasia Gallanio merupakan seorang puteri yang pernah berkawin dengan putera raja dari Qatar, Abdelaziz
Semasa berusia 19 tahun, Kasia merupakan isteri yang ketiga dan hasil perkawinan itu, mereka dikurniakan tiga anak perempuan.
Namun demikian, hubungan Kasia dan Abdelaziz tidak bertahan lama setelah putera raja dari Qatar itu memfailkan penceraian.
Terdahulu, laporan media menyatakan penceraian itu berlaku kerana unsur pergaduhan sehingga ia dibawa ke mahkamah tinggi.
Disebabkan kerana tekanan serta hilang hak penjagaan anak, Kasia bertindak mengambil dadah sehingga membawa maut.
Menurut anak perempuannya, Kasia ditemui mati pada Ahad lepas di Paris dan dia terus memaklumkan kepada polis tempatan.
Hasil bedah siasat, polis mengesahkan kematian Kasia adalah disebabkan pengambilan dadah secara berlebihan.