MahkamahNasionalNegeri

Bekas guru Jaim didakwa cederakan guru wanita

SEORANG bekas guru Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas tuduhan mencederakan guru wanita lain sehingga parah pada September lalu.

Nurul Hidayah Khairuddin, 24, dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Nurul Nadirah Ahmad Ropei, 24, dalam sebuah kelas Sekolah Rendah Agama (SRA) Jaim Taman Bukit Rambai dalam daerah Melaka Tengah, kira-kira pukul 2.40 petang, 28 September 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya J Banusha mencadangkan jaminan RM3,000 dikenakan terhadap tertuduh, lapor Bernama.

Nurul Hidayah yang diwakili peguam Mohd Fahmy Mohd Sulaiman bagaimanapun memohon agar jaminan rendah diberikan atas alasan dia diberhentikan selepas kejadian itu.

Majistret Mazan Sinin membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dan menetapkan 13 Mac ini untuk sebutan semula kes. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button