Nasional

Bekas Exco Kerajaan Negeri buat laporan polis hina Raja Perlis

KOMEN yang dibuat di media sosial biarlah berpada tetapi sekiranya sampai pada tahap Raja Perlis selaku Ketua Agama pun dihina, sememangnya ia bukan sahaja berniat jahat tetapi mengundang rasa tidak senang hati dalam kalangan rakyat Perlis.

Susulan itu, bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Bakri Datuk Ali tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kangar pada pukul 3.17 petang semalam.

Tindakan itu diambil kerana beliau mahu pihak polis menyiasat seorang pemuda dari Kelantan yang membuat komen di laman sosial Facebook (FB) dengan memperlekeh maruah serta memalukan Jabatan Mufti di mana ini berkaitan dengan Raja Perlis.

KIRA-kira 30 hadir sebagai tanda membantah penghinaan terhadap Raja Perlis di pekarangan Masjid Alwi Kangar, petang semalam.

“Saya mendapati penama pengguna akaun FB yang dikenali sebagai  “Basri Shah” ini memang sudah melampau,” katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan Masjid Alwi, Kangar.

Terdahulu, kira-kira 30 orang hadir ke perkarangan IPD Kangar sebagai tanda membantah terhadap komen di FB berkenaan yang disifatkan menghina Raja Perlis.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Wari Kiew berkata, pihaknya telah menerima laporan tersebut.

Beliau berkata, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Suspek sudah ditahan dan dibawa dari Tanah Merah, Kelantan ke Kangar, Perlis.

“Kita akan mohon perintah reman daripada Mahkamah Kangar pada petang ini bagi melakukan siasatan lanjut mengenai kes ini,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button