Nasionalpilihan

Bekalan di pasaran masih mampu menampung permintaan pengguna – Ops KPDNHEP Selangor

SEPASUKAN anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor Cawangan Sepang telah menjalankan tiga operasi secara serentak.

Ia merangkumi pemeriksaan Khas Ops ATM (Ayam, Telur Ayam dan Minyak Masak), naziran ke atas pembungkus minyak masak serta Ops Anti Sorok peringkat pembungkus dan peruncit di kawasan Banting dan sekitarnya.

Operasi itu diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, Rosli Ismail dan hasil pemeriksaan, bekalan ayam, telur ayam dan minyak masak ada dijual seperti biasa di premis-premis yang diperiksa.

“Bekalan di pasaran masih mampu menampung permintaan pengguna. Tiada kenaikan harga dikesan dan tiada harga jualan melebihi harga yang ditetapkan.

“Tiada aktiviti disyaki menyorokkan barang-barang kawalan di premis yang diperiksa. Naziran juga dibuat ke atas pembungkus minyak masak bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan,” kata KPDNHEP Selangor.

Peniaga adalah selalu diingatkan untuk sentiasa mengamalkan etika perniagaan yang baik.Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana peniaga yang gagal mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button