Nasional

Bekalan air di 13 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur pulih sepenuhnya

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bahawa kesemua kawasan di Wilayah Kuala Lumpur yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran kejadian paip pecah di Jalan Kuari, Kuala Lumpur, telah pulih sepenuhnya pada jam 3.00 pagi, 11 Jun 2021.

Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Air Selangor turut memohon kerjasama para pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera.

Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button