Begitu Shulit Lupakan Rehan kacau fikiran
TAK dengar, tak mengapa. Sudah dengar, ia melekat dalam kepala. Itulah tamparan hebat yang disebarkan oleh lagu yang viral di TikTok, Begitu Shulit Lupakan Rehan.
Lagu asal yang didendangkan oleh kumpulan yang nama asalnya ialah The Junas Monkey dari Indonesia, berjudul Cukup Dikenang Sahaja.
Untuk rekod, kumpulan The Junas ditubuhkan pada tahun 2011 manakala lagu Cukup Dikenang Sahaja berada di pasaran pada tahun 2020 dan hari ini, lagu itu yang menjadi OST drama berjudul Anak Band di Indonesia, mendapat sambutan di luar dugaan di media sosial.
Semuanya gara-gara lirik asal lagu itu telah diubah oleh Intan Lembata Bunting yang mendakwa dirinya hamil 16 kali sedangkan dia hanya menemui jejaka bernama Rehan dalam mimpi selama setahun.
Begitulah halusinasi si tukang nyanyi Intan Lembata Bunting yang meletop di aplikasi TikTok.
Video TikTok itu mencecah 50 juta tontonan yang menjadi fenomena di Indonesia dan diterima meluas dalam kalangan netizen di Malaysia.
Viral TikTok itu terjadi besar kemungkinan sebutan S, shulit (bukan disebut sulit) yang menjadi ikutan. – SM